JAKARTA: Rundingan mendalam bagi menyelesaikan isu sempadan antara Indonesia dan Malaysia akan dipertingkatkan pada 2022 berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, kata Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.
Beliau berharap Perjanjian Sempadan Maritim antara Wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka dapat dirunding dan ditandatangani oleh kedua-dua negara berdasarkan Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 berhubung kawal selia penggunaan laut dan sumbernya.
"Bagi sempadan darat, keutamaan akan diberikan untuk menyelesaikan Masalah Garis Sempadan Tertunggak termasuk Pulau Sebatik," katanya dalam satu kenyataan mengenai pencapaian diplomasi 2021 dan sasaran 2022.
Pulau Sebatik terletak di Daerah Nunukan Wilayah Kalimantan Timur yang berkongsi sempadan dengan Malaysia.
Indonesia mengadakan 17 rundingan sempadan tahun lalu dengan Filipina, Malaysia, Palau dan Vietnam, berbanding hanya tujuh rundingan pada tahun sebelumnya.
Mengenai ASEAN, Retno berkata perpaduan blok itu mesti diperkukuh untuk menghadapi pandemik COVID-19, ketidaksamaan kadar vaksinasi, bencana alam, krisis pelarian dan perubahan iklim.
Rantau itu juga menyaksikan persaingan yang semakin meningkat antara negara-negara utama di rantau Indo-Pasifik.
"ASEAN mesti terus meningkatkan peranannya dalam membangunkan komunitinya dan mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang aman, stabil dan makmur," jelasnya.
Retno berkata Indonesia akan terus aktif dalam mempromosi keamanan dan diplomasi kemanusiaan, termasuk di Afghanistan, Palestin, isu Rohingya dan krisis politik di Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 07 2022
Retno berkata Indonesia akan terus aktif dalam mempromosi keamanan dan diplomasi kemanusiaan, termasuk di Afghanistan, Palestin, isu Rohingya dan krisis politik di Myanmar. - Gambar fail/REUTERS
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Empat nelayan tempatan dibebaskan pihak berkuasa Indonesia
Mereka dibebaskan selepas 11 hari ditahan kerana memasuki kawasan pertindihan sempadan antara Malaysia dan Indonesia, 17 Dis lepas.